Sixfingers | Passion in the world of Photography

By: Nizam Khalid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 30-Apr-2008 08:32 Email | Share | | Bookmark
3 Majlis Kesyukuran Serentak

adlan tomei
Majlis potong jambul Adlan, Sambutan harijadi Ayah dan Kesyukuran Aku dah tamat Master
Lokasi: Rumah Ayah
Tarikh: 27 April 2008
Gambar berikutnya: http://www.flickr.com/photos/sickshutter/sets/72157604804414270/



alhamdullilah, syukur diatas segalanya. 3 majlis dijalankan serentak bermula dengan majlis berzanji dan marhaban, bercukur dan seterusnya majlis potong kek. ada satu lagi majlis, majlis interview bakal menantu.. hehehe.. no komen.. alhamdullilah, meriah majlis macam majlis kenduri kahwin, ramai sedara-mara datang and memang happening and riuh rendah sampaikan aku takde masa nak amik gambar ngan adlan and arina banyak2. saja aku pilih tarikh akikah untuk adlan pada hari lahir ayah. senang sekali jalan aje.. tapi one thing memang meriah.. ada majlis beri hadiah oleh kesemua anak2nya ayah.. .banyak dah ayah and mak tolong handle life anak2 nie. dari kecik sampai dah kawin still banyak masalah yang ayah and mak settlekan. bak kata mak, tempohari sebelum aku balik ke KL, bukan nilai hadiah yang jadi ukuran tapi keikhlasan. kalau memang niat nak bagi, kain pelekat untuk ayah yang harga sepuluh ringgit tu pundah cukup dari tak bagi terus. aku setuju ngn mak punya statement petang tu. mungkin kalau bagi kain pelekat ayah boleh pakai p masjid and dapat ngak tumpang pahala ayah. huhuhu.. syahdu gak dengar mak cakap gitu. terus aku terpikir berapa kali aku and adik beradik yang lain bagi hadiah pada mak setiap kali ulang tahun nya? ade buat macamana kita buat untuk ayah setiap tahun? hmm, insyallah, tahun ni aku nak buat untuk mak plak..dear siblings, ok tak plan tu? lagipun, aku dah tamat master bolehlah menambahkan lagi pendapatan. gitu-gini pun, and perangai dia yang unpredictable tu, dia tetap mak.. and syurga dibawah tapak kaki mak.. she always right even sometimes ianya amat bertentangan pada diri kita.. to my dearest sister ECAH SIN-KALUT (singkatan aishah sinclair), think about it, and never stop praying.. insyallah, keras2 mak, ade kelembutan dalam diri dia. cuma kita jer yang tak mampu selaminya.. sebab dalam sangat and bekalan oksigen yang kita bawak tak cukup untuk sampai ke situ, tambahan plak, pressure kedalaman membuatkan kita tertekan and sesak nafas. renung-renungkan and selamat beramal..



Saturday, 12-Apr-2008 04:38 Email | Share | | Bookmark
Muhammad Adlan setelah berumur 2 bulan

adlan didalam ketenangannya..
bersama bermesra sebelum pertarungan bermula
afiz menonjol kepada adlan..panas ati nih..
View all 15 photos...
Muhammad Adlan
Lokasi:rumah, damansara specialist, the curve



Hmm, sengsori laa kengkawan kerana aku telah lama tidak mengupload gambar2 adlan yang terbaru.. bukan takde gambar nak upload, tapi lambakan gambar yang tidak diedit dan sememangnya aku sangat sibuk dengan final tesis master aku. alhamdulilah master tesis dah siap dan aku ingin membawa adlan n arina bercuti bersama bagi menenangkan fikiran yang selama ini tertekan. by d way, aku upload dulu laa gambar ape yg ade ni yer..tgklah..tgklah.....!!!! gambar ni.. banyaknya di hospital damansara sebab melawat afiz yang sakit.. (sakit ke? abis anak aku kena pukul) korang boleh tgk gambar adlan..


Friday, 15-Feb-2008 06:53 Email | Share | | Bookmark
Outing: Pusat Latihan Kuda Sg Batu Pahat Perlis

kuda - sg batupahat

hmm, syok aku dapat p sini.. yang lagi best bila dapat amik gambar dengan sifoo (bro scharewl). dan yang lagi best lagi bila dapat pakai lens dia huhuhu canon prime lens 24-70mm L F2.8. memang aku ketagih pakai lens ni.. hmm..aku mesti dapatkannya.. mesti..!!!



Tuesday, 12-Feb-2008 07:18 Email | Share | | Bookmark
Outing Bersama Keluarga

abis duit papa oii..
kasih keluarga
kasih ayah
View all 14 photos...


hmm, seronok jugak dapat keluar outing beramai-ramai seisi keluarga. cuma keluarga aku saje tak cukup sebab arina dalam pantang and adlan masih kecil. sepanjang outing, kitaorang pegi wedding cik atan, EOM and melepak di KLCC park. ni sebahagian gambar yang sempat diupload. almaklumlah fotopages kan lembab..


Monday, 11-Feb-2008 04:50 Email | Share | | Bookmark
Yang Hadir Berkongsi Kegembiraan

Teman yang Hadir..
bersama keluarga tersayang
hadiah yg 'ikhlas' dari Uncle Ajit

terima kasih kepada semua yang hadir dalam melawati dan berkongsi kegembiraan bersama kepada keluarga baru kami. Saya, Arina dan Muhammad Adlan bersyukur diatas kesudian anda bersama kami..terima kasih dan salam sayang dari saya, arina dan adlan..


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net